Monday 23 February 2015

GAHARU-GAHARU

Manfaat tanah sekakang kera, tanah pusaka seluas tapak rumah. Dari terbiar tidak dibina rumah, entah bila hendak bina rumah. Dari terbiar baik di tanam pokok gaharu sebagai pokok sementara. Pokok ini di tanam  4 tahun lepas dan dibiarkan begitu sahaja. Sekali sekala semasa balik kampung, pangkal pokok dan sekitarnya dibersihkan. Ini antara pokok yang masih kecil, anak yang ditanam peringkat-peringkat semasa balik kampung mengikut stok anak pokok yang ada.


Pada 18hb feb 2015 semasa cuti raya cina, saya balik kampung bagi majlis kenduri anak saudara. Sebelah petang di masa terluang saya pergi menyuntik ubat kepada pokok-pokok yang sudah cukup kiraan saiz ukur lilit batang. Kebiasaannya pokok berumur  4 tahun sudah cukup ukuran lilit bagi proses menyuntik ubat. Bagi pokok yang tidak dijaga dengan baik (bersih kawasan sekeliling dan baja secukupnya) kebiasaanya mengambil masa yang lebih dari 4 tahun.

Setelah pokok di suntik ubat, dalam masa 6 bulan kesan @ tindakbalas keatas ubat tersebut dapat dilihat pada batang pokok. Jika anda ingin menjual gaharu pada tahap ini, tidak digalakkan kerana harga pasaran sangat murah. Pada masa ini hanya batang sahaja yang berubah, tidak termasuk teras. Bagi mendapatkan hasil terbaik, pokok dibiarkan selama 2 tahun agar teras terbentuk. Pokok gaharu akan menghasilkan teras gaharu selepas dua tahun di suntik ubat.

Pada hari ini saya hanya menyuntik hanya 3 batang pokok sahaja. Ini kerana proses untuk mengunji keberkesanan ubat tersebut. Dalam masa 6 bulan dari sekarang saya akan menglihat hasil keberkesanan ubat tersebut. Hasil selepas 6 bulan akan dikongsi didalam blog ini.
Pokok dalam gambar di atas dimasukkan 3 botol ubat mengikut saiz ukur lilit pokok. Pokok sudah condong kerana berat. Anak pokok adalah baka Thailand. Jika ditanya saya, adakah baka ini bagus. Saya tidak mengalakkan anda menanam baka ini kerana anak pokok tabung uji tidak mempunyai akar tunjang. Pokok akan tumbang dalam proses membesar. Ini menyebabkan pokok akan mati sebelum dapat hasil.
Proses tanam gaharu boleh dijadikan hobi @ tanaman sementara sebelum tanah digunakan bagi tanaman kekal @ membuat rumah. Pokok di tanam dan memerlukan penjagaan paling minimum kerana ia tiada musuh semulajadi seperti haiwan liar dan perosak. Spesies tanaman hutan ini sangat senang di tanam dan di uruskan.
Berapakah hasil yang bakal di perolehi dari sebatang pokok gaharu? Ini soalan yang saya tidak tahu hendak jawap. Mungkin banyak mungkin sedikit mengikut tahap isi gaharu yang terbentuk. Ada orang kata RM1000 sepokok dan ada juga kata RM5000 sepokok mengikut tahap isi gaharu. Sebenarnya hasil jangan di kira sangat, tanah terbiar baik di tanaman apa-apa pokok yang ada hasil di masa depan.

Jika tanah anda seluas 8000 kaki persegi, sebanyak 300 pokok boleh di tanam. Jika harga sebatang RM1000 anda akan dapat hasil RM300 000 selepas 7 tahun anda tanam. Jika tanah tersebut di biarkan kosong, anda akan dapat hasil lalang dan semak samun sahaja. Jika RM5000 sebatang maka RM1 500 000 hasilnya selepas 7 tahun. Macam mana ok tak?
Apa-apa pun bekerja lah kerana minat bukan kerana duit. Kerana minat anda akan membuat kerja dengan suka dan riang

No comments:

Post a Comment