Thursday 24 September 2015

Gaharu-gaharu 2


 2) Daun dengan ciri-ciri

 Selepas 6 bulan pokok gaharu di suntik vaksin, kini tiba masa untuk semak kesan vaksin tersebut. jadi @ tidak?. Pokok ditebuk bagi melihat hasilnya.




Gambar pokok ditebuk, kelihatan dari dalam warna hitam terhadap teras pokok

Yang hitam tu nampak macam hasil, bila dibakar ada juga baungnya. Tapi rasa tak puas hati lagi, lain kali kena potong dahan pula, nak tengok di dahan ada kesan tidak. Begini la proses cuba dan tengok, jika tak cuba tak tau hasil menjadi ke tidak. gaharu oh............ gaharu...

Durian-durian 2

Awal September 2015, bawa anak durian ke kebun. Ini adalah anak trip kedua. Yang pertama telah ditanam pada bulan Ogos 2015. Ini adalah anak-anak yang dibesarkan dalam polybag (rujuk seblm ini). Anak durian ni sepatutnya lebih besar dan subur, tapi kerana tanah yang digunakan tanah tiada kualiti lansung (Tanah mati).

Gambar anak durian pelbagai jenis.



Di bukit ini lah aku tanam durian, lihat teres yang dibuat, agar menyenangkan kerja-kerja tanam dan mengambil buah disuatu hari nanti. Lain kali gambar anak durian yang sudah di tanam akan dikongsi disini.

Pokok buluh liar mula tumbuh subur selepas hujan. Ini jika tidak dimusnahkan awal boleh menjadi parah dusun. Buluh boleh meruntuhkan teres yang sudah dibuat. berat buluh biasanya akan meruntuhkan teres-teres.

Wednesday 17 June 2015

Durian part 1

Hari ini mari kita berkenalan dengan jenis-jenis pokok durian.




 

kurma part 1

Sebelum tanam kurma, mesti ada anak pokok. Disini saya kongsikan beberapa anak dalam proses pembesaran. Baja dan air mesti cukup agar anak dapat hidup dengan subur.



 1) Anak keluar daun pertama, sekali pandang seperti anak sawit 



2) Anak dengan daun sehelai, daun kedua belum keluar lagi

3) Anak dengan 5 helai daun, nampak lebih semangat gitu

5) Tarikh semai anak sama, tapi tahap pembesaran berbeza. Ada yang mati 

Sunday 12 April 2015

Kenapa tak tanam kurma?



 Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Monday 23 February 2015

GAHARU-GAHARU

Manfaat tanah sekakang kera, tanah pusaka seluas tapak rumah. Dari terbiar tidak dibina rumah, entah bila hendak bina rumah. Dari terbiar baik di tanam pokok gaharu sebagai pokok sementara. Pokok ini di tanam  4 tahun lepas dan dibiarkan begitu sahaja. Sekali sekala semasa balik kampung, pangkal pokok dan sekitarnya dibersihkan. Ini antara pokok yang masih kecil, anak yang ditanam peringkat-peringkat semasa balik kampung mengikut stok anak pokok yang ada.


Pada 18hb feb 2015 semasa cuti raya cina, saya balik kampung bagi majlis kenduri anak saudara. Sebelah petang di masa terluang saya pergi menyuntik ubat kepada pokok-pokok yang sudah cukup kiraan saiz ukur lilit batang. Kebiasaannya pokok berumur  4 tahun sudah cukup ukuran lilit bagi proses menyuntik ubat. Bagi pokok yang tidak dijaga dengan baik (bersih kawasan sekeliling dan baja secukupnya) kebiasaanya mengambil masa yang lebih dari 4 tahun.

Setelah pokok di suntik ubat, dalam masa 6 bulan kesan @ tindakbalas keatas ubat tersebut dapat dilihat pada batang pokok. Jika anda ingin menjual gaharu pada tahap ini, tidak digalakkan kerana harga pasaran sangat murah. Pada masa ini hanya batang sahaja yang berubah, tidak termasuk teras. Bagi mendapatkan hasil terbaik, pokok dibiarkan selama 2 tahun agar teras terbentuk. Pokok gaharu akan menghasilkan teras gaharu selepas dua tahun di suntik ubat.

Pada hari ini saya hanya menyuntik hanya 3 batang pokok sahaja. Ini kerana proses untuk mengunji keberkesanan ubat tersebut. Dalam masa 6 bulan dari sekarang saya akan menglihat hasil keberkesanan ubat tersebut. Hasil selepas 6 bulan akan dikongsi didalam blog ini.
Pokok dalam gambar di atas dimasukkan 3 botol ubat mengikut saiz ukur lilit pokok. Pokok sudah condong kerana berat. Anak pokok adalah baka Thailand. Jika ditanya saya, adakah baka ini bagus. Saya tidak mengalakkan anda menanam baka ini kerana anak pokok tabung uji tidak mempunyai akar tunjang. Pokok akan tumbang dalam proses membesar. Ini menyebabkan pokok akan mati sebelum dapat hasil.
Proses tanam gaharu boleh dijadikan hobi @ tanaman sementara sebelum tanah digunakan bagi tanaman kekal @ membuat rumah. Pokok di tanam dan memerlukan penjagaan paling minimum kerana ia tiada musuh semulajadi seperti haiwan liar dan perosak. Spesies tanaman hutan ini sangat senang di tanam dan di uruskan.
Berapakah hasil yang bakal di perolehi dari sebatang pokok gaharu? Ini soalan yang saya tidak tahu hendak jawap. Mungkin banyak mungkin sedikit mengikut tahap isi gaharu yang terbentuk. Ada orang kata RM1000 sepokok dan ada juga kata RM5000 sepokok mengikut tahap isi gaharu. Sebenarnya hasil jangan di kira sangat, tanah terbiar baik di tanaman apa-apa pokok yang ada hasil di masa depan.

Jika tanah anda seluas 8000 kaki persegi, sebanyak 300 pokok boleh di tanam. Jika harga sebatang RM1000 anda akan dapat hasil RM300 000 selepas 7 tahun anda tanam. Jika tanah tersebut di biarkan kosong, anda akan dapat hasil lalang dan semak samun sahaja. Jika RM5000 sebatang maka RM1 500 000 hasilnya selepas 7 tahun. Macam mana ok tak?
Apa-apa pun bekerja lah kerana minat bukan kerana duit. Kerana minat anda akan membuat kerja dengan suka dan riang

Tuesday 13 January 2015

Banjir Kelantan 2014

Banjir di negeri Cik Siti Wang kembang @ Serambi Mekah @ Negeri Tok Kenali, Tok ku Sering dan Tok Selehor menjadi cerita utama akhbar dan TV serta alam maya. Ada yang kata banjir. ada kata tsunami darat. ada kata bala, ada kata ujian dan ada kata cuci dosa sebelum hudud dijalankan. Ada pihak kata banjir kerana masalah pembalakan tidak terkawal. Negeri pahang banjir besar di temerloh dan Chenor tidak pulak dikaitkan dengan masalah pembalakan. Apa-apapun saya bukan nak cerita hal politik disini. Disini saya letakkan gambar yang saya ambil di kawasan banjir kelantan.

1) Rumah rosak

2) Rumah rosak


3) Rumah hancur tinggal tapak sahaja


4) kedai di pasir putih yang tidak kena banjir

5) Rumah disalut selut sehingga bumbung


6)Rumah Rosak teruk


7) Rumah Rosak teruk

8) Rumah hancur

Sebelum itu mari kita rujuk kembali kepada Al-quran. Kisah banjir dan air sebagai satu peringatan semua.

HUD: 44: 
Allah berfirman, hai bumi telanlah air mu. Hai awam berhentilah hujan. Air surut Dan bencana selesai. Perahu belabuh di Judi Dan diucapkan hancurlah kaum yang zalim

Al-an'aam:123:
  Begitulah kami adakan di setiap negeri penjahat2 besar, supaya mereka mengadakan tipu daya DLM negeri, tetapi mereka hanya memperdaya diri sendiri, sedang mereka tidak sedar.

HUD:11:  
Dan jgn kamu berpihak kpd orng bersalah, supaya kamu tidak disinggung api neraka. Kamu tiada perlindung selain Allah Dan tiada siapa akan menolong kamu

Al a'araaf: 38: 
Tuhan berkata, masuklah DLM neraka bersama umat dahulu Dari bangsa jin Dan manusia. Setiap umat masuk neraka bersama saudara mereka(pemimpim &penyokong) sehingga habis kesemuanya. Yang terakhir masuk neraka berkata: wahai tuhan kami! Pemimpin INI yg menyesatkan kami. Berikan mereka siksaan neraka yg berlipat ganda. Tuhan menjawap: masing2 mendapat siksaan berlipat ganda tetapi kamu tidak tahu.


Segala yang terjadi ada kebaikan terhadap manusia. Hanya allah yang tahu segala rahsianya.