Kurma (
Phonex dactylifera)
atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan
sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan
tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana
sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam
kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang
kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut
perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah
baginda.
“Kemudian
Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu
peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“
Al-Mukminah ayat 19
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma
adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula
adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu
sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan
tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide)
yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya
memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.
Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah
SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.
Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan
beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita
perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna”
seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng
yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah
terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan
serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan
seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda,
dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya
terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem
pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang
lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali
kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama
sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya
khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan
beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam
pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya
ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat
sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih
ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi
Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu
Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur
lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita
mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan
mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang
dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik,
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh.
Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.