Monday 29 December 2014

GAMBAR TERKINI ANAK DURIAN DALAM ASUHAN

Beberapa keping gambar yang berbeza hanya dua bulan. Kelihatan saiz anak pokok yang berbeza.


TARIKH 20.12.2014 - Anak musang king






TARIKH 20.10.2014- Anak musang king



TARIKH 20.10.2014- anak D7



TARIKH 20.12.2014- anak musang king




TARIKH 20.12.2014-  anak 101 dan musang king





 TARIKH 20.12.2014 - anak D7



Wednesday 19 November 2014

Teknik Durian Thai


Hari ini (20.11.2014) saya ingin kongsi satu kaedah yang popular di thai dalam industri DURIAN. Anak pokok dua dijadikan satu. Kaedah ini saya cuba tiru dan pratikkan terhadap pokok durian saya. Gambar dibawah contoh yang telah dibuat. Anak-anak pokok di cantum dijadikan satu.



selepas 3 minggu anak ini bercantum seperti gambar dibawah. Dua batang tunjang (akar) dengan satu batang pokok asas.


Gambar dibawah dari sudut yang lebih jelas.

kaedah ini akan memberikan kekuatan dasar (akar) 2 kali ganda dari kaedah biasa. Akar pokok akan membekalkan baja (makanan) kepada pokok 2 kali ganda kepada batang yang satu. Setelah anak pokok ini sihat saya akan kahwinkan dengan induk DURIAN DURI HITAM. Tujuan saya membiak anak ini adalah menghasilkan anak DURIAN DURI HITAM. Hasil seterusnya akan di sambungkan dibawah pada hari lain. Pada masa ini saya ingin kongsi gambar isi durian mengikut jenis-jenis terkini yang saya dapat dari staff MARDI.
1. durian D79 -
2. durian D24 -
3. durian D145 - nama glamor BESERAH

 4. DURIAN D197 - nama glamor MUSANG KING

Sunday 9 November 2014

Ini anak durian dalam proses pembesaran. Bela dulu hingga besar sebelum dipindahkan ke kebun.
Teknik ini cukup popular di Indonesia.

Dari polibeg kecil ditukarkan ke polibeg besar.


bela di rumah senang hendak urus. Anggaran di pindahkan ke kebun 12 bulan dari sekarang.

ANAK NANGKA

Gambar anak nangka yang ditanam pada bulan march 2014. Pada masa ini kemarau, pertumbuhan anak nangka terbantut. Anak pokok kayu digunakan menahan panas mentari. Ini adalah fasa pertama dan teknik cuba dan lihat yang digunakan berdasarkan kajian dan bacaan dari panduan otai-otai nangka.