Wednesday 19 November 2014

Teknik Durian Thai


Hari ini (20.11.2014) saya ingin kongsi satu kaedah yang popular di thai dalam industri DURIAN. Anak pokok dua dijadikan satu. Kaedah ini saya cuba tiru dan pratikkan terhadap pokok durian saya. Gambar dibawah contoh yang telah dibuat. Anak-anak pokok di cantum dijadikan satu.



selepas 3 minggu anak ini bercantum seperti gambar dibawah. Dua batang tunjang (akar) dengan satu batang pokok asas.


Gambar dibawah dari sudut yang lebih jelas.

kaedah ini akan memberikan kekuatan dasar (akar) 2 kali ganda dari kaedah biasa. Akar pokok akan membekalkan baja (makanan) kepada pokok 2 kali ganda kepada batang yang satu. Setelah anak pokok ini sihat saya akan kahwinkan dengan induk DURIAN DURI HITAM. Tujuan saya membiak anak ini adalah menghasilkan anak DURIAN DURI HITAM. Hasil seterusnya akan di sambungkan dibawah pada hari lain. Pada masa ini saya ingin kongsi gambar isi durian mengikut jenis-jenis terkini yang saya dapat dari staff MARDI.
1. durian D79 -
2. durian D24 -
3. durian D145 - nama glamor BESERAH

 4. DURIAN D197 - nama glamor MUSANG KING

No comments:

Post a Comment